Sunday 17 April 2011

TEKSTUR kulit yg nipis menghalang IU untok
menjalani pembedah memancungkan hidung
PENYANYI dan aktres popular Korea, IU mengakui dia pernah terfikir untuk menjalani pembedahan plastik bagi memancungkan hidungnya sebelum dia dikenali.
Pengakuannya itu dirakamkan dalam program Night By Night. Dalam rakaman itu, IU turut mendedahkan yang dia telah pergi ke pejabat pakar bedah plastik untuk melaksanakan keinginannya itu.
“Syarikat pengurusan saya tidak mahu saya jalani pembedahan plastik tetapi saya ingin melakukan pembedahan itu, jadi saya merayu kepada mereka.
“Saya mempunyai hidung yang kecil dan rata, jadi saya tanya kepada syarikat pengurusan mengenai pembedahan hidung sebelum kemunculan saya sebagai penyanyi dan saya telah melawat klinik pembedahan plastik.
“Doktor memberitahu yang saya akan mempunyai kulit yang sangat nipis jika dia memancungkan hidung saya sebanyak 1 milimeter. Saya agak kecewa dan balik tanpa melakukan sebarang prosedur untuk pembedahan,” ujarnya.
Dalam program yang sama, IU juga bercakap tentang skandalnya bersama ahli kumpulan 2PM, Wooyoung, yang juga merupakan cintanya dalam drama Dream High.
“Kami mempunyai hubungan yang tidak selesa disebabkan oleh skandal itu. Terdapat khabar angin yang mengatakan saya mengikutnya selalu kerana saya sukakan dia.
“Saya juga dapati ahli 2PM yang lain tahu tentang khabar angin itu dan sebab itu mereka mula memandang saya dengan pandangan yang agak pelik.
“Tetapi itu yang menyebabkan kami menjadi lebih rapat selepas mereka sedar yang itu semua hanyalah khabar angin tidak berasas,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment